Powered By Blogger

My Kenalan

Friday, November 11, 2011

Sebelum dan Selepas Kahwin....


Bagi yang sudah menempuh alam perkahwinan pasti dapat membezakan layanan si dia sebelum dan selepas kahwin. Adakah layanan si dia masih sama semasa anda berdua di lamun cinta asmara atau semasa awal perkahwinan dulu?

Ada masanya mereka suka sangat nak control kebebasan kita sampai itu ini pun tak dapat dilakukan. Control suami or isteri boleh tapi jangan terlalu melampau. Setiap orang ada hak tertentu dan batasnya. Jangan sampai mengongkong kehidupannya.

Tapi bagi saya tak semua orang akan berubah selepas kahwin. Ada setengahnya masih kekal dengan kemesraan mereka masa berkasih mesra dulu. Ada juga yang lebih romantik. Bagi saya mengekalkan kemesraan dan semarakkan cinta sepanjang masa penting dalam hubungan. Baru kasih sayang sentiasa berseri. Entahlah itu pendapat saya saja.


Menyintai atau menyayangi seseorang ni semacam payah juga kadang-kadang. Terlalu sayang sangat pun payah. Tak sayang pun payah. Sedang-sedang jelah. Yang penting kasih sayang dan cinta sentiasa bersemi dalam hati masing-masing.

Layanan si dia berbeza selepas atau sebelum kahwin bergantung pada hubungan yang anda bina sendiri. Keharmonian sesebuah rumahtangga penting untuk sebuah hubungan yang kekal selamanya. Kalau boleh nak hubungan yang sentiasa disinari kasih sayang sentiasa. Semua orang nak perfect tapi bukan semua kita akan dapat. 

No comments:

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers